fbpx
Now Reading
PKP Di Tujuh Negeri Dilanjutkan Sehingga 4 Februari, Operasi Kedai Makan Sehingga 10 Malam Bermula Esok

PKP Di Tujuh Negeri Dilanjutkan Sehingga 4 Februari, Operasi Kedai Makan Sehingga 10 Malam Bermula Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kerajaan hari ini memutuskan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, Kelantan, Sabah serta Johor dilanjutkan sehingga 4 Februari 2021.

Difahamkan pelanjutan tempoh tersebut dilakukan supaya semua PKP di seluruh negara tamat pada tarikh yang sama, kecuali Sarawak.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas pada petang khamis.

“Berdasarkan penilaian risiko Kementerian Kesihatan (KKM) masih berlaku peningkatan mendadak kes Covid-19 di tujuh negeri yang dikenakan PKP lebih awal sebelum ini.

“Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini bersetuju melanjutkan PKP di tujuh negeri ini yang kita sekalikan penamatannya dengan negeri lain,” kata Ismail Sabri.

Dalam pada itu beliau turut memaklumkan operasi kedai makan dan restoran akan dilanjutkan sehingga pukul 10 malam bermula esok, 22 Januari 2020

“Kerajaan bersetuju lanjutkan operasi kedai makan, restoran sehingga pukul 10 malam mulai esok (22 Jan) ” kata Ismail Sabri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.