Now Reading
Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

Perlekeh Proklamasi Darurat, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui pengacara terkenal, Azwan Ali yang mesra disapa Diva AA antara selebriti yang paling lantang bersuara mengenai isu-isu semasa.

Namun sesetengah topik yang dilontarkannya dicampur dengan pengunaan bahasanya yang agak lacang sering disifatkan melampau oleh netizen sehingga mengundang kecaman mereka.

Terbaru, Azwan Ali difahamkan telah dipanggil oleh PDRM ke Bukit Aman ekoran penularan sebuah video yang dikeluarkannya.

Memetik Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan, Azwan Ali telah dipanggil bagi satu siasatan kerana dipercayai telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-pertuan Agong.

“PDRM (Polis Diraja Malaysia) mengesahkan menerima laporan dan sedang menjalankan siasatan terhadap klip video Azwan Ali kerana didapati telah memperlekehkan Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong.

“Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021,” katanya dalam kenyataan media tersebut.

Tangkap layar dari klip video yang dipercayai berkait dengan insiden tersebut

Dipanggil ke Bukit Aman pada 21 Januari

“Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.

Tambah beliau siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut.

“Kes disiasat USJT Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang (D5), JSJ Bukit Aman mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya lagi.

PDRM dalam masa sama mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.