fbpx
Now Reading
Pesawat Bawa Presiden & Pemain Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas, Semua Mangsa Terkorban

Pesawat Bawa Presiden & Pemain Kelab Bola Sepak Brazil Terhempas, Semua Mangsa Terkorban

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sebuah pesawat yang membawa presiden dan empat pemain kelab bola sepak Brazil, Palmas dilaporkan terhempas sebentar tadi.

Dalam kejadian yang berlaku di Tocantins, timur Brazil itu, kesemua mereka difahamkan sedang dalam perjalanan ke Goiania untuk bermain menentang Vila Nova.

Namun menurut jurucakap pasukan,  pesawat malang itu dikatakan tiba-tiba terhempas di hujung landasan Persatuan Penerbangan Tocantinense ketika mahu berlepas.

Ekoran dari kejadian, kesemua mangsa dilaporkan maut iaitu Presiden kelab bola Palmas,, Lucas Meira dan emapt pemain Lucas Praxedes, Guilherme Noe, Ranule dan Marcus Molinari.

Selain mereka berlima juruterbang yang hanya dikenali sebagai Wagner turut terkorban.

“Kami sedih untuk memberitahu bahawa tiada yang selamat dalam kemalangan berkenaan,” menurut jurucakap kelab itu, lapor The Sun.

Punca kemalangan difahamkan sedang disiasat.

Sebagai rekod  sebeum ini kelab Chapecoense, kelab di division pertama di Brazil, kehilangan hampir keseluruhan pasukan mereka selepas pesawat yang membawa mereka ke Medillin, Colombia terhempas pada 2016.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.