Prestasi Tidak Menentu, Chelsea Akhirnya Pecat Frank Lampard
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Chelsea akhirnya memecat pengurus pasukan, Frank Lampard ekoran prestasi tidak menentu pasukan mereka sehingga berada di tangga kesembilan kedudukan liga perdana.
Lampard, yang merupakan bekas pemain tengah kelab berkenaan dari tahun 2001 – 2014 telah membawa Chelsea ke kedudukan empat teratas dan layak final Piala FA pada musim pertamanya sebagai pengurus.
Namun bagi musim ini, dia dilihat gagal mendapatkan hasil yang ditagih dari pasukannya walaupun The Blues sudah menghabiskan lebih £ 220 juta (AS$301.11 juta)
Pemecatannya diumumkan pemilik Chelsea, Roman Abramovich menerusi satu kenyataan hari ini.
“Ini adalah keputusan yang sangat sukar, terutama kerana saya mempunyai hubungan peribadi yang sangat baik dengan Lampard dan saya sangat menghormatinya.
“Dia seorang yang berintegriti tinggi dan mempunyai etika kerja yang sangat bagus. Namun, dalam keadaan semasa, kami percaya ini adalah langkah terbaik,” kata Abramovich.
Perlawanan terakhir Lampard adalah dua hari lalu sewaktu Chelsea menewaskan Luton Town 3-1 untuk mara ke pusingan kelima Piala FA.
Dalam pada itu, sudah timbul ura-ura dikalangan peminat dan media bahawa Thomas Thuchel, bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG), akan mengambil alih tugas Lampard bagi mengemudi pasukan The Blues