Now Reading
PdPR: KPM Tambah Slot TV Pendidikan Khusus Untuk Calon SPM Di NTV7 Bermula 27 Januari Ini

PdPR: KPM Tambah Slot TV Pendidikan Khusus Untuk Calon SPM Di NTV7 Bermula 27 Januari Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengumumkan akan menambah slot Program TV Pendidikan yang di disiarkan di DidikTV@NTV7 mulai 27 Januari ini, khusus untuk calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020.

Menurut KPM keputusan itu adalah satu adalah salah satu usaha berterusan untuk menambah baik pendekatan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

“Slot ini akan memberi fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

“Slot tambahan ini melibatkan dua jam pada hari Isnin hingga Jumaat bermula dari pukul 3.petang hingga 5 petang di saluran NTV7,” tulis kenyataan itu lagi.

Selain itu mereka juga telah menambah lima jam waktu siaran di saluran TV yang sama pada Sabtu dan Ahad dari 9pagi – 12 tengahari dan 3 petang – 5 petang.

Jadikan jumlah waktu siaran 11 jam setiap hari

Ini menjadikan keseluruhan waktu siaran TV Pendidikan adalah sebanyak 11 jam setiap hari yang disiarkan di semua saluran merangkumi TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.