fbpx
Now Reading
Didapati Bersalah Isu Rasuah, Isa Samad Dipenjara 6 Tahun & Denda RM15.45 Juta

Didapati Bersalah Isu Rasuah, Isa Samad Dipenjara 6 Tahun & Denda RM15.45 Juta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini (3 Feb) menjatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad selepas dia didapati bersalah atas sembilan pertuduhan menerima rasuah dengan jumlah RM3.09 juta daripada Ahli Lembaga Pengarah Gegasan Abadi Properties Sdn. Bhd. (GAPSB), Ikhwan Zaidel.

Sekiranya gagal membayar denda yang diperintahkan, Mohd Isa, 72, yang juga bekas Menteri Besar Negeri Sembilan mungkin berdepan hukuman penjara tambahan penjara selama 18 tahun.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi Mohd Isa selepas mendapati pihak pembelaan gagal mematahkan anggapan terhadap pertuduhan tersebut.

Hukuman penjara dijalankan serentak

Bagaimanapun hukuman penjara itu diperintahkan berjalan secara serentak menjadikan keseluruhan hukuman penjara selama 6 tahun.

Transaksi penyerahan wang tunai itu difahamkan dilakukan menerusi bekas pegawai politik khas beliau, Muhammad Zahid Md. Arip, sebagai token kerana membantu meluluskan pembelian hotel Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu dengan harga RM160 Juta.

Menerusi laporan Utusan, difahamkan pihak pembelaan sedang membuat permohonan bagi menangguhkan hukuman penjara dan denda itu.

Terdahulu, Isa Samad dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri di kandang tertuduh sebaik mahkamah membacakan keputusannya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.