fbpx
Now Reading
PKP 2.0 : Semua Sektor Peruncitan Termasuk Kedai Pakaian, Kosmetik Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok

PKP 2.0 : Semua Sektor Peruncitan Termasuk Kedai Pakaian, Kosmetik Dibenarkan Beroperasi Bermula Esok

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kerajan hari ini bersetuju membuka semua sektor peruncitan bermula esok demi memastikan kelangsungan hidup rakyat khususnya peniaga kecil-kecilan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Difahamkan sektor peruncitan yang dimaksudkan termasuklah kedai pakaian, kasut, aksesori kenderaan, fesyen, kedai gambar, kedai alat permainan,kedai outdoor, kedai alatan sukan, kedai kosmetik dan sebagainya.

Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob , menerusi sidang media harian sebentar tadi.

”Walau bagaiamanpun kita mempunyai SOP yang ketat seperti proses nyahkuman dan pembersihan dilaksanakan tiga kali sehari dalam tempoh operasi,” menurut beliau. sebentar tadi.

Semak sektor yang dibenarkan di bawah :

  1. Kedai pakaian/ fesyen dan aksesori
  2. Kedai kasut
  3. Barangan/ perkhidmatan fotografi
  4. Kedai barangan terpakai
  5. Kedai bunga/ nurseri
  6. Kedai kraftangan dan cenderahati
  7. Kedai antik
  8. Kedai alat permainan
  9. Kedai permaidani
  10. Kedai kandungan kreatif/ peralatan industri kreatif
  11. Kedai outdoor
  12. Kedai peralatan sukan
  13. Barangan rumah dan peralatan dapur
  14. Kedai kosmetik, penjagaan kulit dan minyak wangi
  15. kedai tembakau
  16. Kedai aksesori kenderaan
  17. Restoran (makan di kedai)
  18. Ar-rahnu

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.