PKP : Pelanggan Boleh Makan Di Restoran, Terhad 2 Orang Satu Meja Bermula Esok

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Kerajaan hari ini bersetuju melonggarkan SOP di tempat makan dengan membenarkan pelanggan untuk makan di restoran dan kedai makan, terhad dua orang di satu meja bermula esok, 10 Februari 2021.
Perkara itu diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
menerusi sidang media harian PKP sebentar tadi.
Pelanggan boleh makan di dalam restoran, terhad dua orang satu meja dan mengikut SOP – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/XSnsloX7Gy
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 9, 2021
Sebelum ini, operasi kedai makan atau restoran hanya untuk menyediakan makanan berbungkus sahaja sehingga pukul 10 malam.

Ekoran itu, Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) menggesa kerajaan agar membenarkan pelanggan makan di kedai dengan pematuhan SOP ketat termasuk dua individu pada satu meja selepas ramai pengusaha mengeluh jualan jatuh merudum sejak PKP kembali dikuatkuasakan.