fbpx
Now Reading
KWSP Mansuh Syarat i-Sinar, Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

KWSP Mansuh Syarat i-Sinar, Permudahkan Pengeluaran Akaun 1

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Berita baik buat seluruh pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Menteri Kewangan, Tengku  Datuk Seri  Zafrul Aziz hari ini menerusi satu kenyataan media mengumumkan KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar.

Jelas beliau ianya dilakukan selepas mendapat nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar KWSP menambahbaik inisiatif itu selepas mengambil kira maklum balas pihak awam.

Menurut Tengku Zafrul lagi, dengan pemansuhan ini pencarum KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun boleh membuat pengeluaran dari simpanan Akaun 1 mereka tertakluk kepada baki yang sedia ada.

“KWSP sedang dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar berikutan nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin supaya KWSP menambah baik inisiatif tersebut setelah mengambil kira maklum balas pihak awam.

Permohonan berdasarkan kriteria semasa akan lulus secara automatik

“Bagi ahli yang memohon i-Sinar berdasarkan kriteria semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.

Simpanan RM 100,000 ke bawah boleh keluarkan sehingga RM10,000

“KWSP memaklumkan bahawa jumlah pengeluaran dari Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan akan kekal, iaitu bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.

Tambah beliau, pembayaran akan dilakukan secara berperingkat dengan tempoh sehingga enam bulan dengan jumlah maksimum bayar pertama sebanyak RM 5,000

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Simpanan RM 100,000 ke atas boleh keluar sehingga RM60,000

Walaubagaimanapun jelas beliau, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan untuk pencarum yang mempunyai dari RM100,000 adalah sebanyak RM60,000

“Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000.

“Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000,” katanya dalam kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, KWSP menerusi laman media sosial turut memaklumkan pihak mereka sedang dalam proses mengemaskini sistem i-Sinar Online sejajar dengan pengumuman yang dilakukan Tenku Zarul.

“Untuk makluman, KWSP sedang mengemaskini sistem i-Sinar Online. Kami menghargai kesabaran dan kerjasama anda.

“KWSP komited untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua ahli sama ada melalui perkhidmatan kaunter atau saluran digital” kata kenyataan it u lagi.

Terdahulu Tengku Zafrul menerusi satu posting di Instagram pada rabu menjelaskan kerajaan sentiasa peka dengan keluhan dan isi hati rakyat, justeru mereka sedang melakukan penambahbaikan dari segi inisiatif yang diberikan kerajaan.

“Pihak Kerajaan sentiasa peka dengan keluhan dan isi hati rakyat tentang pelbagai inisiatif seperti i-Sinar.

“Suara anda didengari dan penambahbaikan akan dilakukan segera” kata Zafrul di laman Instagramnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.