fbpx
Now Reading
Polis Siasat Dua Dakwaan Salah Laku Anggota Termasuk Gangguan Seksual Di SJR

Polis Siasat Dua Dakwaan Salah Laku Anggota Termasuk Gangguan Seksual Di SJR

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang menyiasat dakwaan dua wanita diganggu anggotanya di dua sekatan jalan raya berasingan baru-baru ini.

Bagi kes di Jalan Duta, seorang wanita mendakwa dia telah ditanya oleh seorang anggota polis sama ada dia ada memakai baju dalam atau tidak, selain diberi jaminan tidak akan disaman jika menunjukkan kepadanya.

Manakala kes di Pulau Pinang pula, seorang wanita mendakwa anggota polis yang bertugas telah meminta nombor telefonnya ketika melalui satu sekatan jalan raya.

Kedua wanita berkenaan berkongsikan perkara tersebut di laman media sosial sehingga menarik perhatian orang ramai.

Kes di Kuala Lumpur

Kes di Pulau Pinang

Menurut Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya, kes berkenaan kini sedang disiasat oleh JIPS Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“Siasatan melibatkan mengenal pasti anggota polis yang terlibat berdasarkan keterangan yang diperoleh.

Datuk Zamri Yahya

“Bukit Aman juga telah menghubungi kedua-dua pengadu untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota polis yang terlibat bagi membantu siasatan oleh JIPS,” katanya kepada mStar.

Tambah beliau, sekiranya tuduhan tersebut adalah benar tindakan sewajarnya akan diambil terhadap anggota polis yang terlibat. Beliau dalam masa sama turut mengingatkan semua pegawai dan anggota polis agar bersikap profesional.

“Kesalahan yang dijelaskan oleh pengadu merupakan salah laku serius yang boleh mencemarkan imej pasukan polis,” katanya.

“Jangan lakukan atau katakan perkara yang di luar bidang tugas rassmi,” kata beliau lagi.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.