fbpx
Now Reading
Isu Cium Bibir Kanak-kanak, Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

Isu Cium Bibir Kanak-kanak, Pengasas Produk Kecantikan Ditahan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini tular satu video memperlihatkan seorang lelaki yang dipercayai pengasas produk kecantikan mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa semua perilaku berkenaan adalah normal dan seolah sudah menjadi tradisi dan perkara biasa buatnya.

Sehubungan itu, Polis Diraja Malaysia(PDRM) memaklumkan sedang mengesan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan berhubung video tular terbabit.

Terbaru, menerusi laporan Harian Metro, dia difahamkan sudahpun ditahan polis selepas suspek hadir ke sebuah balai polis untuk memberikan kerjasama.

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, ahli perniagan tersebut ditahan ekoran dari laporan dibuat seorang individu.

“Suspek hadir ke sebuah balai polis di ibu negara untuk memberi kerjasama dan dia kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.

Menurut ACP Siti Kamsiah suspek ditahan ekoran dari laporan dibuat seorang individu Foto : Malaymail / Shafwan Zaidon

“Siasatan lanjut kini masih dijalankan dan suspek masih dalam tahanan polis,” katanya ketika Harian Metro.

Tambah beliau kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.