fbpx
Now Reading
Polis Buru Founder Produk Kecantikan Cium Bibir Kanak-Kanak

Polis Buru Founder Produk Kecantikan Cium Bibir Kanak-Kanak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Baru-baru ini tular satu video seorang lelaki yang dipercayai ahli perniagaan dengan bangganya mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Lebih mengejutkan apabila dia mendakwa semua perilaku berkenaan adalah normal dan seolah sudah menjadi tradisi keluarganya.

Tindakan jelik lelaki berkenan nyata menaikkan kemarahan rata-rata masyarakat Malaysia malah turut mendapat perhatian Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyifatkan tindakannya tidak bermoral dan mengambil kesempatan terhadap kanak-kanak berkenaan.

Orang ramai kemudiannya mula mencari akaun Tiktok miliknya yang dipercayai turut mengandungi lebih banyak video namun akaun berkenaan bagaimanapun sudah dinyahaktif oleh pengasas produk kecantikan berkenaan.

Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan sedang mengesan lelaki tersebut bagi membantu siasatan berhubung video tular terbabit.

Juga sedang giat kesan kanak-kanak tersebut serta saksi

Menurut Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, polis juga kini sedang giat mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.