fbpx
Now Reading
Sempat Muat Naik Status Selepas Laman Disekat, Pengasas Sugarbook Ditahan Polis

Sempat Muat Naik Status Selepas Laman Disekat, Pengasas Sugarbook Ditahan Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pengasas aplikasi ‘Sugarbook’ yang sebelum ini mencuri tumpuan masyarakat kerana menawarkan perkhidmatan dating secara online telah ditahan polis semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat, lelaki berkenaan yang berasal dari Gelugor Pinang berjaya di tahan disebuah kondo di ibu negara sekitar 4.30 petang .

“Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

“Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Selain itu, suspek juga disiasat mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan,” katanya.

Terdahulu, lelaki berusia 43 tahun itu dipercayai sempat memuat naik satu hantaran menerusi laman Twitter pada malam sebelum penahanannya.

“Kami sudah kalah meskipun tiada sebarang aktiviti pelacuran atau konten orang dewasa”

Terima kasih pada anda yang percaya pada misi kami

Kenyataan sama turut dikongsikan Sugarbook menerusi akaun Twitter rasmi mereka.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.