fbpx
Now Reading
Ibu Bapa Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Hantar Anak Ke Asrama

Ibu Bapa Tidak Perlu Surat Kebenaran Polis Untuk Hantar Anak Ke Asrama

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media harian hari ini memaklumkan mana-mana ibu bapa yang perlu merentas daerah dan negeri untuk menghantar anak ke sekolah atau asrama tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada pihak polis.

Sebaliknya mereka hanya perlu mempamerkan surat pengesahan yang dikeluarkan pihak sekolah untuk sesi persekolah yang bermula 1 Mac sewaktu melalui sekatan jalan raya.

“Perkara ini sudah dibincangkan dengan Polis Diraja Mal.ysia (PDRM), dan ia juga sudah dimaklumkan kepada pihak polis di setiap daerah seluruh negara.

“Saya percaya tiada isu di sekatan jalan raya apabila ibu bapa menghantar anak mereka ke asrama atau sekolah,” katanya pada sidang media hari ini.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.