Ditahan Atas Pelbagai Kesalahan, 11 Mat Motor Diarah Solat Maghrib Berjemaah

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Seramai 11 pesalah jalan raya terdiri dari remaja berusia 14 hingga 20 ‘dipaksa’ untuk menunaikan solat Maghrib secara berjemaah dan mengikuti majlis tazkirah selepas ditahan pihak berkuasa petang semalam.

Tindakan berkenaan diambil selepas mereka semua ditahan di sekitar Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek, Tanah Merah.

Menerusi laman Facebook Ibupejabat Polis Daerah Tanah Merah, difahamkan kesemua mereka pada mulanya diberi taklimat dan nasihat agar tidak lagi mengulangi kesalahan yang sama.

Namun sebelum bersurai kesemua 11 mereka telah diarah untuk melaksanakan solat maghrib berjemaah di surat yang terletak di IPD Tanah Merah.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf menjelaskan, mereka semua ditahan sempena Op Khas Kesalahan (Bunyi Bising) yang berlansung dari jam 5.30 petang hingga 8 malam.

“Semua mereka yang berusia 14 hingga 20 tahun ditahan di Jalan Kampung Liku ke Kampung Gobek dalam operasi yang bermula pada jam 5.30 petang hingga 8 malam.

“Mereka dibawa ke IPD Tanah Merah dan kebetulan ketika itu sudah masuk waktu Maghrib menyebabkan saya mengarahkan mereka solat berjemaah terlebih dahulu di surau IPD sebelum melakukan proses selanjutnya.

“Mereka diimamkan oleh seorang lelaki dalam kalangan mereka sendiri manakala tazkirah Maghrib disampaikan oleh anggota kami,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah bperasi petang semalam yang membabitkan dua pegawai serta enam anggota menyaksikan 30 saman dikeluarkan dan sembilan motosikal disita. Kesalahan paling tinggi menurut beliau lagi adalah kesalahan tidak memakai topi keledar.

“Semua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan (JPJ) 1987,” katanya.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

1 day ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

1 day ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

1 day ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago