fbpx
Now Reading
Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Afiq Ikmal Meninggal Dunia

Penerima Hati Pertama Di Malaysia, Afiq Ikmal Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Selepas hampir 18 hari bertarung nyawa, penerima hati pertama di Malaysia, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Mohd Afiq 23, difahamkan menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi hati, sekitar jam lima pagi tadi.

Berita sedih tersebut disahkan penderma hatinya, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45, selepas mendapat perkhabaran duka dari bapa arwah Mohd Afiq, Muhamad Zaini Rahim, 50.

Menurut Hafizam, Mohd Afiq yang sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Selayang, Selangor, sejak 13 Februari lalu,  akan dimandi dan dikafankan di sana sebelum dibawa pulang ke kampung bapanya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah untuk urusan pengebumian.

Hafizam bersama arwah Afiq pada 1999

“Berita kematian adik Afiq dimaklumkan kepada saya oleh bapa Allahyarham, pagi tadi.

“Kini jenazah sedang dimandi dan dikafankan di Hospital Selayang .Jenazah akan dibawa pulang ke kampung bapa Allahyarham di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,” katanya dipetik dari Berita Harian.

Media tempatan baru-baru ini melaporkan Mohd Afiq dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri akibat komplikasi hati, selepas 23 tahun menjalani pembedahan pemindahan hati pada tahun 1999.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.