fbpx
Now Reading
2 Mangsa Maut, 3 Selamat Dalam Kes Runtuhan Struktur Besi Binaan SUKE

2 Mangsa Maut, 3 Selamat Dalam Kes Runtuhan Struktur Besi Binaan SUKE

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis sebentar tadi mengesahkan dua wanita maut manakala tiga lagi cedera parah selepas van kilang dinaiki mereka dihempap runtuhan jejambat dari tapak pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Desa Tun Razak.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya dua mangsa yang maut dan tiga lagi penumpang termasuk pemandu van sudahpun berjaya dikeluarkan tadi.

Menerusi kenyataan media oleh Komander Operasi Kanan PKPjB, Hj Nordin Bin Pauzi pula, kedua-dua mangsa yang meninggal berjaya di bawa keluar pada jam 9.19 malam dan 9.26. Mereka bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pegawai KKM yang bertugas.

Kesemua mangsa yang cedera telah dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Dua wanita maut, dua lagi wanita terselamat dan seorang pemandu van iaitu lelaki turut terselamat,” katanya pada sidang media di sini, malam ini.

Video dan foto di tempat kejadian turut tular di laman sosial selepas dikongsikan pengguna jalan raya yang tersangkut dalam kesesakan yang teruk di kedua-dua arah sehingga Sri Petaling dan Bulatan Bilion.

Terdahulu media melaporkan kejadian berkenaan berpunca selepas sebuah lori membawa lebih muatan melanggar perancah besi pembinaan SUKE.

Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Klang Sdn. Bhd (PROLINTAS), iaitu pemaju bagi projek SUKE kemudiannya dalam satu kenyataan mengesahkan terdapat satu kemalangan di di kawasan tersebut namun memaklumkan lori berkenaan tidak terbabit dalam pembinaan lebuh raya SUKE.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.