fbpx
Now Reading
Arab Saudi Buat Ketetapan, Wajibkan Vaksin Covid-19 Ke Atas Jemaah Haji

Arab Saudi Buat Ketetapan, Wajibkan Vaksin Covid-19 Ke Atas Jemaah Haji

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Kerajaan Arab Saudi kini mewajibkan bakal jemaah haji untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.

Menerusi laporan Reuters, Menteri Kesihatannya, Dr Tawfiq al-Rabiah, dalam satu kenyataan mengumumkan vaksin COVID-19 kini adalah wajib dan sudah menjadi sebahagian daripada syarat utama untuk semua jemaah haji yang akan menunaikan ibadah demi mencegah jangkitan COVID-19.

“Vaksin COVID-19 adalah wajib bagi mereka yang ingin datang menunaikan haji dan akan menjadi salah satu syarat utama,” kata beliau dipetik dari Reutes.

Pihak mereka bagaimanapun masih belum memberi sebarang pengesahan sama ada akan menerima atau tidak membenarkan jemaah haji dari luar negara untuk tahun ini sebaliknya hanya berkata suntikan vaksin adalah syarat utama.

Terdahulu Arab Saudi pada tahun 2020 telah mengurangkan jumlah jemaah haji kepada seramai 1,000 orang bagi mengelak penularan jangkitan COVID-19 berbanding sekitar 2.5 juta bagi setiap tahun sebelumnya.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.