fbpx
Now Reading
Kanak-kanak Maut Selepas 4 Jam Tertinggal Didalam Kereta

Kanak-kanak Maut Selepas 4 Jam Tertinggal Didalam Kereta

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !


Seorang kanak-kanak berusia 3 tahun dilaporkan maut selepas ditinggalkan di dalam kereta di sebuah tadika di Sungai Petani semalam.

Difahamkan kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di dalam sebuah kereta Proton Waja yang dipandu pengetua tadika tersebut selama hampir 4 jam.

Dia yang ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kemudian disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan dari tadika berkenaan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah, kebiasaannya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pengetua itu mengambil mangsa dari rumah ibu bapanya di Taman Ria untuk di bawa ke tadika pada hari Ahad hingga Khamis.

Namun selepas PKP, rutin tersebut berubah dimana pengetua berkenaan hanya mengambil dan menghantar mangsa pada hari Selasa dan Rabu, selebihnya mangsa akan dihantar oleh ibunya sendiri.


“Siasatan awal mendapati, pengetua tadika itu mengambil mangsa di rumahnya pada jam 7.45 pagi semalam dan pada waktu itu, mangsa berusia tiga tahun 11 bulan berada dalam keadaan sihat dan diletakkan di tempat duduk belakang bahagian kiri kenderaan.

“Sebelum itu, pengetua berkenaan juga mengambil seorang lagi kanak-kanak lain berusia lima tahun dan diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan.

“Namun, sebaik tiba di hadapan tadika seorang guru kemudian mengambil kanak-kanak yang berada di tempat duduk penumpang hadapan dan terus masuk ke dalam tadika, manakala pengetua itu terus parkir keretanya di luar kawasan tadika, sebelum mematikan enjin kenderaan,”

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah

Menerusi kenyataan sama Adzli menjelaskan, hasil siasatan juga mendapati mangsa ketika kejadian berada didalam kereta dengan keadaan pintu dan cermin tertutup dan tiada ruang pengudaraan.

“Mangsa dipercayai berada dalam kereta berkenaan antara jam 8 pagi hingga 12.15 tengah hari.

“Kejadian hanya disedari jam 12.15 tengah hari ketika pengetua itu hendak menghantar semula mangsa ke rumahnya, namun mendapati mangsa tiada di dalam kelas.

“Guru kelas memberitahu pengetua itu mangsa tidak hadir ke sekolah menyebabkan wanita itu terus menuju ke arah kereta miliknya dan mendapati mangsa berada dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Pengetua berkenaan kemudian menghubungi ambulans dan dalam masa melakukan resusitasi kardiopulmonari (CPR) terhadap mangsa namun mangsa tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dibawa ke hospital dengan ambulans dan hasil pemeriksaan, doktor mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan tiada kesan kecederaan luaran.

“Mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat,” katanya.

Ekoran dari kejadian itu polis telah menahan wanita itu dan merampas kunci serta kereta Proton Waja miliknya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.