fbpx
Now Reading
“Beban Kerja di Mahkamah Kurang Jika Ramai Hindari Dosa” – Sultan Nazrin

“Beban Kerja di Mahkamah Kurang Jika Ramai Hindari Dosa” – Sultan Nazrin

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini menegur perlakuan sesetengah individu yang menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah terhadap jenayah yang dilakukan.

Titah baginda, beban kerja di mahkamah dapat diringankan jika ramai orang dapat menghindari dari melakukan dosa dan kejadian jenayah menurun.

Namun keadaan ketika ini adalah sebaliknya dimana ramai yang disifatkan tidak takut melakukan dosa dengan melakukan pelbagai jenayah sekaligus menjadikan mahkamah sebagai gelanggang untuk menegakkan benang basah.

Tidak berhenti disitu sahaja, mereka juga tergamak berbohong ‘sekali lagi’ walaupun telah melafazkan sumpah untuk bercakap benar di kandang saksi.

“Sering terjadi, ketika dihadapkan ke muka pengadilan, insan yang telah melakukan dosa mencari pelbagai alasan dan menggunakan pelbagai hujah mahu menafikan perbuatan mereka.

“Mereka bersedia membayar fi guaman yang tinggi yang sering kali pula dibiayai daripada wang yang diperoleh melalui sumber jenayah atau hasil daripada perlakuan dosa,”

Foto : Bernama

Selain itu baginda turut bertitah, apa yang terjadi hari ini seolah memberi gambaran bahawa masih ramai umat Islam yang belum menghayati ajaran agama itu sepenuhnya.

Selain itu penambahan pegawai penguat kuasa, mahkamah dan penjara, juga sebenarnya tidak dapat mengurangkan perbuatan jenayah sebaliknya ia lebih lebih berkesan jika ditangani melalui pendekatan menyemaikan nilai-nilai Islam agar dapat dihayati dalam jiwa.

“Perbuatan menipu, mencuri, menyeludup, pecah amanah, rasuah dan lari daripada membayar cukai merupakan antara perlakuan jenayah terhadap organisasi, syarikat atau kerajaan.

“Perlakuan jenayah-jenayah tersebut turut memberi implikasi perlakuan dosa terhadap pemegang kepentingan entiti-entiti berkaitan, sama ada mereka terdiri daripada pemegang saham, pemilik syarikat atau rakyat sesebuah negara,” titah baginda lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.