fbpx
Now Reading
Struktur Kren Tumbang Hempap Kereta, Dua Dilaporkan Maut

Struktur Kren Tumbang Hempap Kereta, Dua Dilaporkan Maut

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Dua individu dipercayai maut manakala dua lagi cedera parah selepas struktur besi ‘Kren Launcher’ di projek pembinaan sebuah lebuh raya berhampiran Puncak Banyan, Persiaran Alam Damai, Alam Damai jatuh sebelum menghempap kawasan jalan raya itu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 8.45 pagi sebelum menggerakkan seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Tun Razak dan BBP Hang Tuah ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati berlakunya kejadian melibatkan struktur besi Kren Launcher pembinaan lebuhraya telah jatuh ke bawah dan menghempap sebuah kereta jenis Perodua Bezza.

“Antara mangsa terlibat merupakan pemandu kereta Bezza tersebut susulan kenderaannya dihempap besi kren berkenaan dan mengalami kecederaan parah.

“Manakala tiga orang mangsa lagi merupakan pekerja projek pembinaan tersebut. Dipercayai dua mangsa telah jatuh setinggi 120 kaki dan telah disahkan meninggal dunia.

“Seorang lagi mangsa masih tersangkut di landasan pembinaan lebuh raya dan kerja-kerja menyelamat mangsa sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Isnin.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.