fbpx
Now Reading
Individu Terlibat Kes Campak Murid Tadika Adalah Guru Tetap, Bukan Guru Praktikal – Polis

Individu Terlibat Kes Campak Murid Tadika Adalah Guru Tetap, Bukan Guru Praktikal – Polis

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Baru-baru rakyat Malaysia digemparkan dengan satu video memperlihatkan aksi tidak berperikemanusiaan seorang guru mencampak seorang kanak-kanak yang merupakan anak muridnya di sebuah tadika di Jalan Kebun, Klang.

Insiden tersebut nyata menaikkan kemarahan majoriti rakyat Malaysia yang rata-rata tidak berpuas hati dengan tindakan guru berkenaan.

Ekoran dari kejadian itu polis telah menahan guru terbabit bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari ibu kepada murid itu sendiri.

Terbaru menerusi laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib memaklumkan guru wanita berkenaan sudahpun dibebaskan dengan jaminan polis semalam.

Hasil siasatan turut mendapati wanita berusia 22 tahun itu adalah seorang guru tetap dan bukan guru praktikal seperti yang diperkatakan di media sosial.

“Siasatan turut mendapati wanita itu merupakan guru tetap dan bukan praktikal.

“Dia telah dibebaskan dengan jaminan polis semalam,” katanya kepada Kosmo!

Guru praktikal hanya mangsa keadaan, dibuang kerana merakam kejadian

Dalam pada itu, berlegar satu tangkap layar di media sosial satu perbualan dipercayai di ruangan komen akaun Instagram milik pengacara dan pelakon, Iesya Toh dimana seorang wanita mendakwa dia adalah guru praktikal yang hangat diperkatakan orang ramai.

Mengakui dia dibuang ekoran dari kejadian berkenan individu berkenaan bagaimanapun menjelaskan dia hanyalah perakam insiden berkenaan dan bukan pelaku.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk memperbetulkan tanggapan mereka memandangkan dia hanyalah mangsa keadaan sehingga di buang.

Meskipun tidak menjawab bagaimana dia boleh merakam kejadian berkenaan, segelintir netizen memaklumkan ianya sudahpun dijawab menerusi satu perkongsian oleh salah seorang bapa kepada murid di tadika tersebut di Facebook semalam bahawa ianya dirakam bagi tujuan laporan ke universiti memandangkan dia adalah pelajar praktikal.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.