fbpx
Now Reading
Bekas Tentera, Prebet Adam Meninggal Dunia

Bekas Tentera, Prebet Adam Meninggal Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Bekas tentera Adam Jaafar, 60 atau lebih dikenali dengan panggilan Prebet Adam yang pernah menggemparkan negara dalam satu kes Amok di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada tahun 1987, dilaporkan telah meninggal dunia semalam.

Prebet Adam difahamkan meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) Georgetown.

Menerusi laporan media tempatan jenazah arwah sudah pun dikebumikan semalam, selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak.

Berita pemergian arwah turut dikongsikan adiknya, Arzat Jaafar, menerusi satu status di Facebooknya semalam.

“Al-Fatihah buat abangku, Adam Jaafar @ Adam Rembo. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga tenang abang di sana. Al-Fatihah,” katanya.

Kejadian membabitkan Adam pada Oktober 1987, pernah menggemparkan negara dan mengakibatkan seorang lelaki terbunuh akibat terkena tembakan rambang.

Arwah ketika yang berumur 26 tahun ketika kejadian, kemudian didakwa di mahkamah namun dilepaskan daripada hukuman mati kerana disahkan tidak siuman sewaktu melakukan kesalahan tersebut.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan selama 10 tahun.

Tragedi hitam tersebut menimbulkan pelbagai teori konspirasi dikalangan rakyat Malaysia selama berpuluh tahun lamanya sebelum Adam dan seorang adiknya, Hawa Jaafar akhirnya tampil pada tahun 2018 menjelaskan ianya berlaku disebabkan masalah ditempat kerja dan tiada sebab lain.

Takziah kepada keluarga arwah, semoga roh arwah ditempatkan bersama orang yang beriman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.