fbpx
Now Reading
Cinta Tak Direstui, Lelaki Nekad Bakar Kereta Abang Teman Wanita

Cinta Tak Direstui, Lelaki Nekad Bakar Kereta Abang Teman Wanita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Setiap manusia diciptakan berpasangan. Buat mereka yang bergelar kekasih, membawa perhubungan ke tahap yang lebih serius adalah impian hampir semua pasangan.

Namun tak semua kisah percintaan itu indah dan mendapat restu keluarga. Lebih sukar lagi jika ada dikalangan keluarga kita yang berusaha menghalang perhubungan cinta itu demi kebaikan semua.

Namun siapa sangka, disebabkan kisah cinta tidak direstui dan dihalang, seorang lelaki di Taman Menara Maju di Klang, Selangor nekad membakar kereta milik abang teman wanitanya pada selasa lalu.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli perbuatan khianat berkenaan berlaku sekitar jam 2.30 selasa dan hanya disedari oleh abang wanita berkenaan selepas dimaklumkan oleh seorang jirannya.

Jiran berkenaan memaklumkan suspek yang melakukan khianat dengan membakar kereta Honda City miliknya menaiki sebuah Toyota Vios.

“Bertindak hasil laporan yang dibuat pengadu berusia 25 tahun itu, suspek berjaya ditahan kira-kira jam 7 petang di Telok Panglima Garang, Kuala Langat pada hari yang sama.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vios untuk tindakan lanjut,” katanya kepada portal Sinar Harian.

Hasil siasatan kemudian mendapati suspek melakukannya kerana tidak berpuas hati dengan pengadu kerana dimarahi dan dihalang dari menjalin cinta dengan adik lelaki berkenaan.

“Suspek juga mendakwa dia bukan diupah oleh mana-mana geng kongsi gelap dan tindakan membakar kereta itu hanya kerana tidak berpuas hati dengan pengadu,” katanya.

Kes berkenaan masih dalam siasatan dan suspek direman selama lima hari sehingga 3 April untuk siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan.


© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.