fbpx
Now Reading
‘Datuk’ Dalang Kartel Projek Kerajaan Ditahan, Aset Jutaan Ringgit Termasuk 2 Helikopter Disita

‘Datuk’ Dalang Kartel Projek Kerajaan Ditahan, Aset Jutaan Ringgit Termasuk 2 Helikopter Disita

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua hari lalu,  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya melumpuhkan satu sindiket kartel projek kerajaan yang dipercayai beroperasi sejak tahun 2014 hingga sekarang.

Ianya susulan penahanan tujuh individu termasuk seorang datuk yang dipercayai dalang sindiket tersebut bagi membantu siasatan berhubung sindiket kartel projek bernilai RM3.8 bilion.

Ekoran dari penahanan tersebut, semalam SPRM telah menyerbu kediaman ketua sindiket tersebut dan menemukan wang tunai RM3.5 juta.

Selain itu, mereka juga telah menyita beberapa aset miliknya antaranya kenderaan mewah bernilai RM15.7 juta, hartanah termasuk banglo, rumah kedai, dan pejabat bernilai RM29 juta.

Memetik laporan Bernama yang memetik sumber SPRM, hasil siasatan kes tersebut juga, sebanyak 644 akaun individu dan syarikat yang dianggarkan bernilai RM100 juta turut dibekukan.

Sindiket sudah membolot projek bernilai RM3.8 Bilion

“Kartel projek yang diketuai oleh seorang ahli perniagaan berusia 47 tahun ini telah membolot projek-projek kerajaan menerusi tender dan sebutharga bernilai lebih RM3.8 billion. Difahamkan, sindiket ini sudah beroperasi sejak tahun 2014 hingga 2021.

” Kemewahan yang ditunjukkan oleh Datuk yang juga ketua sindiket ini amat luar biasa. Selain dari memiliki nilai hartanah dan wang tunai yang luar biasa jumlahnya, beliau juga memiliki beberapa kereta mewah, sebuah kapal mewah dan dua helikopter.

Menurut sumber itu lagi, modus operandi kartel projek ini ialah dengan membuka lebih 150 buah syarikat yang akan memasuki tender atau sebutharga di kementerian atau agensi terbabit.

Mereka juga akan menggajikan individu yang akan digunakan namanya sebagai pengarah syarikat dengan gaji bulanan diantara RM5,000 hingga RM8,000.

Namun kesemua perniagaan tersebut sebenarnya adalah milik Datuk terbabit dan dipercayai terdapat 114 individu telah digunakan nama mereka bagi membuka 150 syarikat terlibat.

Tambah sumber, kesemua syarikat ini akan digunakan secara bergilir-gilir untuk memasuki tender atau sebut harga di kementerian dan agensi kerajaan .

” Maklumat tender atau sebutharga termasuk spesifikasi projek dan harga siling projek akan disalurkan oleh individu dalam kementerian atau agensi.

” Hasil siasatan SPRM mendapati hampir kesemua syarikat yang digunakan menggunakan maklumat palsu dari segi kelayakan akademi, sijil profesional mahupun penyata kewangan untuk menyakinkan lembaga tender berhubung keupayaan syarikat-syarikat untuk melaksanakan projek, “katanya lagi.

Pegawai kanan sebuah agensi yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kartel projek ini

Terdahulu SPRM telah menahan seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan berusia 38 tahun di Ampang kerana disyaki terbabit dalam kartel projek ini.

Difahamakan kesemua mereka dipercayai telah memonopoli sejumlah 354 tender dari beberapa kementeria dan agensi kerajaan di seluruh negara melibatkan projek berjumlah RM3.8 bilion.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.