fbpx

Wanita Cedera Diserang Lelaki Cuba Buka Seluar [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Seorang wanita tidak menyangka dia akan diserang dan diganggu ketika berada di kawasan parkir perumahannya sendiri.

Kejadian itu dikongsikan oleh mangsa sendiri di posting laman Facebooknya. Wanita berusia 24 tahun itu telah melalui pengalaman cemas dan menakutkan apabila seorang penunggang motosikal bertindak memecahkan tingkap kereta dan menyerangnya.

Menurut catatan di posting wanita tersebut, dia mengatakan bahawa dia memandu pulang dan telah meletakkan kenderaan di hadapan beberapa lot kedai di luar kediaman You Vista, di Cheras pada kira-kira 1.30 pagi pada 4 April. Tambahnya, dia meletak kenderaan di luar kerana tempat letak kenderaannya percuma.

Pecahkan cermin kenderaan mangsa

Suspek yang dikatakan memang berada berhampiran kereta wanita berkenaan secara tiba-tiba mendekati tingkap keretanya seperti hendak bertanyakan sesuatu.

Namun, percakapannya tidak jelas dan si pelaku tersebut didakwa cuba untuk membuka seluar.

Wanita itu terkejut lantas mengeluarkan telefon bimbit dan merakam perbuatan lelaki yang mengganggunya itu. Tindakan wanita itu menyebabkan si pelaku mematahkan hasrat untuk membuka seluar dan naik berang.

Suspek kemudian menyerang mangsa dengan memecahkan cermin kenderaannya menggunakan batu yang diambil dari motosikal.

Foto: FB

Berlaku pergelutan sebelum melarikan diri

Difahamkan lelaki itu turut bergelut untuk merampas telefon bimbit mangsa. Namun, dia tidak berjaya apabila mangsa menjerit meminta pertolongan sebelum bertindak melarikan diri.

Menerusi posting tersebut, mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringgan pada kedua-dua tangan dan telah membuat laporan polis berkenaan kejadian tersebut.

Diharapkan agar mangsa pulih dari kecederaan dan trauma serta semua wanita diluar sana lebih berhati-hati terutamanya ketika keluar seorang diri.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.