fbpx
Now Reading
Mahkota Dirampas Semasa Live, Ratu Cantik Didakwa Tidak Layak Menang [Video]

Mahkota Dirampas Semasa Live, Ratu Cantik Didakwa Tidak Layak Menang [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Siapa sangka detik-detik bersejarah saat diumumkan sebagai pemenang pertandingan ratu cantik bertukar menjadi insiden memalukan.

Itu lah yang terjadi kepada pemenang Pertandingan Mrs Sri Lanka apabila mahkotanya diambil semula selepas hanya beberapa minit dipakaikan mahkota.

Difahamkan, juri telah memilih Pushpika De Silva sebagai juara Mrs Sri Lanka 2020 dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung di televisyen rasmi di Colombo.

Namun, kemenangan Pushpika disangkal oleh Mrs Sri Lanka 2019 iaitu Caroline Jurie yang mendakwa Pushpika telah melanggar peraturan pertandingan.

Menurutnya, Pushpika dikatakan sudah bercerai, manakala syarat pertandingan mewajibkan pesertanya masih berkahwin.

Caroline kemudiannya mengambil semula mahkota di kepala Pushpika untuk dianugerahkan kepada naib juara.

Dikhabarkan hasil siasatan penganjur mendapati Pushpika masih belum bercerai, namun dia hanya tinggal berasingan dengan suaminya oleh kerana hal peribadi.

Pihak penganjur telah membuat permohonan maaf kepada Pushpika dan menobatkan semula dirinya sebagai Mrs Sri Lanka. Menurut ketua Mrs Sri Lanka World, Chandimal Jayasinghe, dia berasa sangat kecewa dan malu apabila Caroline bersikap seperti itu semasa berada di atas pentas.

Menerusi pernyataan Pushpika dalam posting akaun Facebooknya, dia menjelaskan bahawa dia masih berkahwin dan mendakwa dirinya mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

“Ratu sejati ialah wanita yang membetulkan mahkota wanita lain, bukannya wanita yang merebut mahkota wanita lain,” ujarnya di akhir kapsyen.

Foto: IG

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.