fbpx

Main Bakar-Bakar Kertas, Dua Kanak-Kanak Hampir Rentung Dijilat Api

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Malang tak berbau. Itulah ungkapan paling sesuai diberikan pada kejadian kebakaran yang berlaku baru-baru ini di Kota Tinggi, Johor melibatkan dua orang kanak-kanak hampir rentung dijilat api. Rumah yang didiami keluarga itu dipercayai terbakar 30 peratus di bahagian dapur.

Foto: FB JBPM Johor

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail berkata bahawa pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 12.49 tengahari.

Ujarnya, sewaktu Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba, api di bahagian dapur rumah yang dibina dari struktur kayu itu masih marak.

“Hasil maklumat yang kita terima ketika kejadian hanya terdapat dua orang di rumah terbabit iaitu kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun bersama adiknya anggaran lima tahun.”

Beliau turut menambah bahawa ayahnya keluar bekerja manakala ibunya sedang berada diluar kerana mempunyai urusan sewaktu kejadian berlaku. Menurut kakaknya, kejadian kebakaran itu terjadi disyaki berpunca daripada adiknya yang bermain bakar-bakar kertas di kawasan dapur.

Foto: FB JBPM Johor

Mohd Fadli menjelaskan kakaknya bergegas menjerit meminta pertolongan daripada jiran-jiran setelah menyedari kejadian itu.

Tindakan pantas pihak bomba tiba ke lokasi kejadian telah berjaya mengawal api dari terus marak ke seluruh rumah.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.