fbpx
Now Reading
Berjaya Corporation Umum Pemakaian Batik, Perkenal Budaya Dan Seni Malaysia

Berjaya Corporation Umum Pemakaian Batik, Perkenal Budaya Dan Seni Malaysia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Batik merupakan pakaian yang menjadi identiti Malaysia sejak zaman nenek moyang kita lagi. Ianya adalah warisan yang tidak pernah lumpuh menjadi kebanggaan rakyat negara ini dan masih digunakan tidak kira sama ada golongan tua atau yang lebih muda.

Baru-baru ini, Berjaya Corporation Berhad mengumumkan pemakaian pakaian batik sebagai pakaian rasmi kepada seluruh kakitangan syarikat konglomerat itu.

Perkara tersebut telah disampaikan melalui ciapan di akaun Twitter rasmi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan itu, Abdul Jalil Abdul Rasheed.

Foto: Twitter Abdul Jalil Abdul Rasheed

Menurutnya, langkah tersebut dibuat untuk mempromosikan budaya Malaysia serta memperkenalkan seni batik.

Tambahnya, inisiatif ini sekaligus dapat membantu peniaga-peniaga batik yang kebiasaannya dipelopori oleh golongan peniaga kecil dan pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Foto: Business Today

“Hari ini kami mengumumkan Berjaya Corporation dan keseluruhan anak syarikat dibawahnya akan mengenakan batik sebagai pakaian rasmi.

“Pemakaian batik pada setiap hari adalah amat digalakkan untuk golongan lelaki dan perempuan.”

Menerusi ciapan itu, Abdul Jalil turut menjelaskan kesemua staf barisan hadapan dari semua hospitaliti akan memulakan pemakaian batik secara berperingkat.

Foto: Jadi Batek

“Perkara ini melibatkan lebih kurang 20,000 orang staf secara langsung dan tidak langsung. Kami turut menggalakkan vendor dan pembekal kami untuk mempertimbangkan polisi ini.

“Saya berharap agar lebih banyak syarikat akan menyertai kami dalam usaha mempromosikan seni batik dan ia merupakan sebuah perubahan kecil yang boleh dilakukan melalui perspektif korporat.”

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.