Cara Mudah Keluarkan Duit Tanpa Menggunakan Kad ATM

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pernah tak anda tengah seronok shopping tiba-tiba baru perasan purse tertinggal? Atau lebih menyedihkan anda baru sahaja mengalami kehilangan kad dan memerlukan cash pada saat itu juga?

Jangan panik! Setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaian. Mungkin tak semua orang tahu sebenarnya kita boleh mengeluarkan duit di ATM tanpa menggunakan kad walaupun sebenarnya kaedah ini telah lama dilancarkan oleh Maybank sejak tahun 2014.

Sebelum itu, diingatkan perkongsian ini hanya untuk pemilik akaun Maybank sahajja. Selain itu, sekiranya anda ingin menggunakan kaedah ini, anda perlu mempunyai akaun Maybank2U dan akan dikenakan cas perkhidmatan sebanyak RM 1.06.

Jadi pastikan anda telah mendaftar di aplikasi Maybank2U. Kalau dah ada, mari kita teruskan dengan langkah seterusnya.

So, ini dia step by step yang boleh anda ikut untuk mengeluarkan wang di ATM tanpa menggunakan kad.

Sekarang ini pastikan anda ada telefon bimbit dan aplikasi Maybank2U.

Langkah 1: Login Maybank2u


Untuk menggunakan perkhidmatan cardless withdrawal ini anda perlu mempunyai akaun Maybank2u. Sila log masuk ke akaun anda.

Masukkan anda punya kata nama dan juga kata laluan.


Langkah 2: Klik pada Cardless Withdrawal


Langkah 3: Masukkan Nombor Telefon & Amaun Yang Ingin Dikeluarkan

Di skrin nanti akan ditunjukkan nombor telefon yang anda daftarkan untuk perbankan elektronik Maybank.

Selepas itu, anda boleh pilih amaun atau jumlah yang anda ingin keluarkan. Peringatan ya, anda boleh keluarkan minimum RM 100 dan maksimum RM 300 sahaja. Tak boleh banyak-banyak tau!

Kemudian tap pada “Continue”

Langkah 4: Request Nombor TAC

Sekarang anda perlu mohon nombor TAC dan masukkan nombor TAC pada ruangan disediakan. Kalau anda pakai pengesahan dalam apps, tekan proceed.

Kemudian, tekan  “Confirm”

Sekarang anda akan menerima SMS kod 16 digit untuk digunakan di ATM. anda disarankan untuk terus cari mana-mana ATM Maybank untuk keluarkan duit anda.

Langkah 5: Sentuh skrin untuk pilih bahasa

Foto: Intan Berlian

Langkah 6 : Pilih Pengeluaran Tanpa Kad

Foto: Intan Berlian

Pilih menu “Pengeluaran Tanpa Kad” di belah kiri skrin mesin.

Langkah 7: Klik pada ‘Teruskan’

Foto: Intan Berlian

Baca dulu apa yang tertulis di skrin ya, fahamkan segala maklumat dan arahan yang diberi.

Anda boleh tekan ‘Teruskan’ selepas selesai membaca.


Langkah 8: Masukkan kod 16 digit transaction ID

Foto: Intan Berlian


Ok, sekarang masukkan kod 16 digit yang ada terima melalui teks tadi di transaction ID tersebut.

Sekarang, anda akan dapat satu lagi mesej/SMS dari Maybank. Dalam mesej tu ada 6 digit pengesahan.

Langkah 9: Masukkan Kod Pengeluaran/Withdrawal Code

Foto: Intan Berlian


Masukkan withdrawal code 6 digit yang dapat dalam SMS tadi.
dan klik “Ya”.

Langkah 10: Ambil Duit Dan Resit

Foto: Intan Berlian

Bravo! Settle dah anda withdraw duit tanpa kad ATM. Senang saja kan?

Lepas ni anda dah boleh keluarkan duit walaupun tertinggal kad ATM Maybank di rumah. Mudah sahaja kan? Hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda sahaja anda dah boleh keluarkan cash di mesin ATM.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat yang banyak kepada semua yang membaca artikel ini. Selamat mencuba!

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

21 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

24 hours ago