fbpx
Now Reading
Ribut & Angin Kencang Di KL, Rider Grab Maut Dihempap Pokok Tumbang

Ribut & Angin Kencang Di KL, Rider Grab Maut Dihempap Pokok Tumbang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Sejak beberapa hari lalu beberapa kawasan di ibu negara dilanda hujan lebat dan angin kencang.

Jika sebelum ini kita terdengar kisah malang menimpa beberapa peniaga bazar ramadan yang mengalami kerugian selepas juadah berbuka yang dijual dan khemah mereka rosak gara-gara angin kuat, terbaru petang tadi orang ramai dikejutkan dengan kejadian seorang penghantar makanan maut dihempap pokok tumbang.

Dalam kejadian yang berlaku berhampiran Stesen Petronas Alam Damai, Taman Len Sen, Cheras di sini, hari ini, mangsa seorang rider Grab berumur 20 tahun difahamkan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.

Menerusi salah satu video tular, orang ramai yang sedang berteduh di stesen minyak berkenaan kemudian mengalihkan mangsa dari pokok tumbang tersebut dan dibawa ke stesen minyak berkenaan sementara menanti bantuan perubatan tiba.

Namun cubaan menyelamatkan mangsa gagal dimana dia disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Menerusi laporan Kosmo, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam satu kenyatan memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu sekitar pukul 4.19 petang .

“Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras dikejarkan ke lokasi dan tiba pukul 4.28 petang.

“Bagaimanapun mangsa disahkan sudah meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi kejadian,” katanya dipetik dari Kosmo!

Difahamkan terdapat enam lagi laporan pokok tumbang berlaku di sekitar Kuala Lumpur, pada petang sama termasuk di Seksyen 2, Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni, Pantai Dalam dan Kampung Padang Merbuk yang diterima JPBM.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.