fbpx

TM Dapat Pengiktirafan Antara Syarikat Terbaik Untuk Bekerja Di Asia 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Syarikat telekomunikasi negara, Telekom Malaysia Bhd (TM) telah diiktiraf sebagai salah satu Syarikat Terbaik untuk Bekerja di Asia 2020 bagi edisi Malaysia.

Pengiktirafan tersebut oleh Anugerah HR Asia berikutan usaha cemerlang TM dalam menjaga kebajikan para pekerjanya.

Lebih membanggakan apabil TM turut menerima satu lagi pengiktirafan apabila terpilih meraih Anugerah WeCare: Syarikat Paling Prihatin HR Asia 2020 bagi inisiatif dan tindakan syarikat melindungi keselamatan dan memastikan kebajikan pekerja sepanjang pandemik COVID-19.

Menerusi satu kenyataan pada Rabu, Pemangku Ketua Pegawai Modal Insannya, Norhamijah Mohd Hanafiah berkata,  TM kini dalam proses menyusun semula tenaga kerja bagi meneruskan budaya kerja secara cekap dengan kemahiran tersedia untuk masa hadapan bagi memacu Digital Malaysia.

“Kami juga sedar bahawa warga TM adalah daya pemacu kejayaan dan pendorong syarikat untuk berfungsi sepenuhnya serta ke arah transformasi.

“Semua pengiktirafan ini adalah dedikasi terhadap kerja keras dan kesungguhan pekerja memberikan yang terbaik kepada para pelanggan kami, masyarakat dan negara terutamanya ketika waktu mencabar ini,” katanya.

Tambah Norhamijah lagi, TM juga alam proses menyusun semula tenaga kerja bagi mengamalkan budaya kerja secara tangkas dengan kemahiran persediaan masa hadapan ke arah memacu Digital Malaysia.

“Ini selaras dengan sokongan kami terhadap inisiatif-inisiatif pembinaan negara oleh kerajaan seperti MyDIGITAL dan pelan-pelan rangsangan yang lain bagi memacu pemulihan dan pertumbuhan sosioekonomi ketika pandemik dan tempoh seterusnya,” katanya

Selain TM , beberapa lagi syarikat iaitu Takaful Malaysia, Sarawak Energy Berhad dan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) turut tersenarai sebagai syarikat terbaik untuk bekerja pada tahun 2020 bagi edisi Malaysia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.