fbpx
Now Reading
Iklan Judi Raya : Polis Buka Siasatan, Akan Panggil Penerbit & Pelakon Terlibat

Iklan Judi Raya : Polis Buka Siasatan, Akan Panggil Penerbit & Pelakon Terlibat

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menerusi satu kenyataan media memaklumkan akan membuka kertas siasatan berhubung video iklan judi raya yang tular di media sosial.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, satu laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bagi menyiasat asal usul video berkenaan.

“Pada 15 April, terkesan satu video yang tular berdurasi 2 minit dan 1 saat yang didapati mempromosikan perjudian online.

“Isi kandungan video berkenaan didapati jelas melanggar undang-undang dan boleh mendatangkan kegusaran awam.

Ekoran itu mereka akan menyiasat dan memanggil penerbit dan pelakon yang terbabit dalam video iklan berkenaan.

“Siasatan polis akan menjurus kepada penerbit dan pelakon-pelakon yang terlibat didalam video itu.

“Mereka akan dikesan dan akan dipanggil untuk memberi keterangan” kata beliau lagi.

Tamba Acryl Sani, kes kini disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka dan akan turut membabitkan SKMM untuk memantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 504 Knun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah judi terbuka.

“Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga akan dihubungi untuk membantu siasatan.

Beliau dalam masa sama turut meminta orang ramai agar tidak berkongsi video tersebut di media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam.

“Orang ramai diingatkan suapaya tidak berkongsi atau menyebarkan video ini melalui media sosial bagi mengelakkan kegusaran awam,” katanya.

Terdahulu penularan video tersebut membangkitkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan syarikat judi online tersebut tidak peka dengan sensitiviti masyarakat muslim dengan mengajak orang ramai berjudi untuk mendapatkan duit raya.

Baca artikel berkaitan :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.