fbpx
Now Reading
Dr Adeeba Kamarulzaman Dilantik Anggota Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Dr Adeeba Kamarulzaman Dilantik Anggota Majlis Sains, Pertubuhan Kesihatan Sedunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Pakar penyakit berjangkit Malaysia, Prof. Dato’ Dr Adeeba Kamarulzaman yang juga Presiden Persatuan AIDS Antarabangsa telah dilantik menjadi anggota Majlis Sains bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Berita mengenai pelantikan Dr Adeeba yang juga Pengerusi Yayasan AIDS Malaysia itu dikongsikan Fakulti Perubatan Universiti Malaya menerusi satu kenyataan di Facebook mereka.

“Majlis Sains WHO adalah kumpulan penasihat peringkat tertinggi yang akan bertindak sebagai suara kepemimpinan saintifik yang bertindak memberi saranan dan nasihat mengenai kemajuan dalam sains dan teknologi yang secara langsung dapat memberi kesan kepada kesihatan global,” tulis kenyataan tu lagi.

Bepengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan, Dr Adeeba begitu aktif di barisan hadapan dengan menjadi orang penting dan penggerak untuk kempen kesedaran penyakit HIV dan AIDS.

Foto : Malaymail

Beliau juga banyak melakukan kajian dan teribat dalam menggariskan dasar pengurangan mudarat terhadap masalah penyalahgunaan dadah.

Selain itu beliau juga merupakan bekas Dekan Fakulti Perubatan UM dan Ketua Task Force, Mengawal COVID19 UMMC.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.