Pasangan Suami Isteri Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Didenda RM2,500 & Penjara 1 Hari
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !
Pasangan suami isteri yang pernah tular di media sosial kerana melakukan rentas negeri untuk berbulan madu di Johor Bahru , hari ini telah dihukum dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan memberi maklumat bertulis palsu kepada pihak polis, bulan lalu.
Suami yang berusia 25 tahun dan isteri 23 tahun yang hadir mengenakan jubah mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Balai Polis Wangsa Maju, 15 Mac lepas di hadapan Majistret Wong Chai Sia.
Mahkamah dalam masa sama turut memerintahkan agar mereka dipenjara sebulan, sekiranya gagal membayar denda.
Menerusi laporan Sinar Harian, kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam sewaktu prosiding telah merayu agar dijatuhi hukuman denda yang minima namun Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar pula memberi cadangan kedua-dua tertuduh dikenakan hukuman penjara demi kepentingan awam.
Jelasnya, tertuduh pertama( isteri) sewaktu membuat instastory telah menggunakan perkataan yang tidak bersesuaian seperti ‘rayu polis’
“Sedangkan PKPB memberi kesan terhadap orang awam kerana tidak boleh merentas negeri.
“Walaupun kelonggaran diberi namun ia bukan untuk tujuan lain, maka saya mohon ia diambil serius oleh semua pihak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut,” katanya.
Terdahulu foto mereka mula tular tular di media sosial selepas netizen berkongsikan paparan screenshot si isteri yang merentas negeri untuk bercuti di sebuah kawasan perangninan di Johor. Menerusi paparan screenshot tersebut dua juga cuba berkongsi tips kepada netizen bagaimana cara-cara untuk merentas negeri.