fbpx
Now Reading
Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Derma Darah Di Bulan Puasa

Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Derma Darah Di Bulan Puasa

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Terdapat banyak kegunaan darah antaranya untuk menyelamatkan nyawa semasa pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, pesakit jantung, penyakit hati, hemophilia dan lain-lain.

Malah, dengan menderma darah kita mampu menyelamatkan nyawa seseorang kerana hospital sentiasa kekurangan darah dan disebabkan itulah pentingnya buat kita semua untuk membantu mereka dengan mendermakan darah kita.

Jom derma darah

Di saat kita berpuasa, keperluan stok darah masih tetap diperlukan. Difahamkan, Pusat Darah Negara (PDN) amat memerlukan para penderma darah untuk tampil menderma pada bulan Ramadan ini.

Menerusi perkongsian gambar yang dimuatnaik oleh Pusat Darah Negara (PDN) di laman Twitter, ia menyeru kepada orang ramai untuk hadirkan diri bagi menyumbangkan darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak.

Menurut ‘tweet’ itu juga, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa manakala penderma yang bukan Islam pula boleh hadir menderma sepanjang bulan puasa ini.

Makanan disediakan bagi penderma

Menariknya lagi, makanan berbuka juga disediakan bagi penderma darah utuh yang menderma.

Kepada mereka yang mahu menderma, anda boleh ke Pusat Darah Negara Jalan Tun Razak pada setiap Isnin hingga Jumaat (7.30 pagi hingga 9 malam) dan pada hari Sabtu dan Ahad atau cuti umum (8 pagi hingga 4 petang). Selain itu, anda dinasihatkan untuk membawa kelengkapan solat sendiri seperti sejadah dan telekung.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.