fbpx
Now Reading
Tragedi Nanggala 402: TNI Sahkan Kesemua 53 Kru Terkorban

Tragedi Nanggala 402: TNI Sahkan Kesemua 53 Kru Terkorban

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas beberapa hari kehilangan kapal selam KRI Nanggala 402 berhampiran perairan bali, Panglima Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI), Hadi Tjahjanto hari ini mengesahkan kesemua 53 anak kapal KRI Nanggala 402 sudah terkorban.

Difahamkan ianya diputuskan hasil penelitian dasar laut yang dilakukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menemui beberapa bahagian kapal selam tersebut.

Pengumuman tersebut yang dilakukan menerusi satu sidang media dilakukan selepas Ketua TNI-AL, Yudo Margono mengumumkan  status KRI Nanggala daripada kapal selam hilang (submiss) kepada kapal selam tenggelam (subsunk).

Antara barangan yang ditemui adalah kemudi kipas belakang kapal selam, sauh, bahagian luar badan, kemudi selam timbul, bahagian kapal yang lain.

KRI Nanggala 402 adalah kapal selam penyerang yang dibina pada 1978 di Jerman dan diserahkan kepada Indonesia pada Oktober 1981.

Ia telah menjalani beberapa naik taraf sebelumt menyertai latihan tentera laut di pesisir pantai Bali ketika ia meminta kebenaran untuk menyelam dan kemudian terputus hubungan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.