fbpx
Now Reading
Gara-gara Tidak Pakai Pelitup Muka, Perdana Menteri Thailand Dikompaun 6,000 Baht

Gara-gara Tidak Pakai Pelitup Muka, Perdana Menteri Thailand Dikompaun 6,000 Baht

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak sampai sehari kerajaan Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam, Perdana Menterinya, Prayuth Chan o-chae menjadi antara orang pertama yang dikenakan kompaun atas kesalahan terbabit.

Lebih mencuri tumpuan apabila Prayuth didenda 6,000 baht atau RM782 kerana melanggar peraturan berkenaan sewaktu sedang bermesyuarat di Rumah Kerajaan, pagi Isnin.

Malah foto beliau tanpa memakai pelitup muka semasa sedang mempengerusikan mesyuarat berkenaan tersebut luas dia media sosial sejak semalam.

Difahamkanakan aduan mengenai kegagalan Prayuth memakai pelitup muka telah difailkan oleh Gabenor Bangkok Aswin Kwanmuang. Perkara itu dikongsikan Aswin di laman Faceboonya sendiri.

Menurut Aswin, perdana menteri Thailand itu diberitahu bahawa beliau telah melanggar peraturan yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, semasa di luar kediaman.

“Beliau (Prayuth) dikenakan denda 6,000 baht, …beliau setuju untuk membayarnya,” katanya.

Siasatan kemudian mendapati Chan-o-cha bersalah kerana tidak memakai pelitup muka justeru dia diminta membayar denda.

Seksyen 51 Communicable Diseases Act 2015 Thailand menetapkan mana-mana indvidu yang melanggar peraturan itu boleh dikenakan denda minumum 6,000 baht dan maksimum 20,000 baht.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.