“Jumlah tu memang kami tak mampu bayar” – Peniaga Colek Pula Dikompaun RM 50K
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Belum pun reda dengan kisah seorang peniaga burger yang dikompaun RM50,000 kerana beroperasi melebihi waktu ditetapkan, terbaru seorang peniaga colek pula berdepan tindakan yang sama.
Peniaga tersebut, Mohd Azizi Mohd Nor, 42, yang berniaga di belah malam di Kampung Chekok Tengah, Pengkalan Chepa difahamkan telah didatangi beberapa anggota polis jam 11.20 malam kelmarin.
Dakwanya, dia yang berada di kedai berkenaan bersama isterinya,Nik Norwati Nik Loh, 38 bagaiamanapun terkejut apabila terus dikenakan kompaun.
“Saya terkejut… tak tahu nak kata apa melihat jumlah yang kami kena bayar. Berniaga di depan rumah ini pun bukan senang, nak dapat RM100 semalam pun susah kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan kampung.
“Dengan jumlah itu, memang kami tak mampu bayar… Kalau diberi pengurangan sehingga 80 peratus pun kami takkan mampu bayar.
“Sudah tutup kedai tapi sedang gorong keropok untuk anak sambil mengemas didapur.”
Mengulas lanjut mengenai malam kejadian, Azizi mendakwa dia dan isteri sebenarnya sudah pun menutup kedai dan sedang berkemas. Namun memandangkan dia sedang berkemas sambil memasak keropok untuk anak-anak di rumah, mereka telah membuka lampu di bahagian dapur manakala selebihnya sudah dipadamkan.
“Sebenarnya ketika anggota polis tiba, saya sudah menutup kedai jam 10 malam dan sebahagian lampu juga sudah ditutup. Cuma bahagian dapur sahaja belum ditutup kerana saya dan isteri sedang mengemas ketika itu dan sudah tentu mengambil masa agak lama.
“Pada masa sama saya sedang menggoreng keropok untuk anak-anak memandangkan mereka belum tidur,” katanya lagi.
Namaun apa yang lebih mengecewakannya ialah amaun tersebut yang begitu tinggi apatah lagi ini kali pertama dia dikenakan kompaun.
“Inilah cara kami untuk mencari rezeki menyara hidup kami termasuk lima anak yang masih bersekolah, selain tiga anak saudara.
“Bila kena kompaun macam ini, memang kami agak kecewa kerana ini kali pertama saya dikenakan kompaun tetapi sudah terus kena RM50,000,” katanya lagi.
Difahamkan pasangan ini terpaksa meniaga colek pada waktu malam di bulan Ramadan disebabkan tidak boleh berniaga menjual mi celup seperti biasa pada siang hari.
Mereka juga sudahpun mengemukakan rayuan di Pejabat Kesihatan Daerah semalam, namun setakat ini belum dimaklumkan jumlah pengurangan yang akan diberikan.
“Sejak malam kelmarin, saya dan isteri masih buntu sehingga tidak mampu tidur malam memikirkan nasib yang menimpa kami.
“Saya juga berharap ada pihak yang tampil membantu,”
Terdahulu Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat memaklumkan, pihaknya telah mengambil pendekatan untuk meneliti kompaun RM50,000 terhadap tiga peniaga termasuk peniaga colek di sini, malam kelmarin.
Tambanya ketiga mereka akan dipanggil dan ditawarkan nilai kompaun mengikut garis panduan (Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun) yang ditetapkan bagi kesalahan mengikut Akta 342 dan peraturan-peraturan di bawahnya.