fbpx
Now Reading
Ambil Kira Kekangan Masa Murid, PT3 2021 Dibatalkan & UPSR Dimansuhkan

Ambil Kira Kekangan Masa Murid, PT3 2021 Dibatalkan & UPSR Dimansuhkan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum pasti mengetahui penularan wabak Covid-19 merencatkan sedikit usaha para pendidik dan ibu bapa dalam memastikan pembelajaran anak-anak berada pada tahap seperti biasa.

Bermula dengan PdPR pada awal tahun diikuti dengan pembelajaran secara bersemuka bermula pada 1 Mac, kerajaan kemudiannya membuat keputusan untuk kembali kepada PdPR sebaik habis cuti raya Aidilfitri sebagai strategi mengekang jangkitan Covid-19.

Foto : Yahoo

Terbaru mengambil kira kekangan masa para pelajar Menteri Kanan Pendidkan, Datuk Dr Radzi Jidin mengumumkan kerajaan telah memutuskan untuk membatalkan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) bagi tahun 2021.

“Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum dapat ditangani sepenuh dan kita mengambil kira keadaan semasa dan mengambil kira bahawa tanpa pelaksanaan PT3, keadah pentaksiran murid boleh terus dilaksanakan,” katanya.

Foto sekadar hiasan Foto : BH

Mansuhkan terus UPSR

Bukan itu sahaja, Kementerian Pendidikan turut memuktamadkan untuk memansuhkan sepenuhnya Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula dari tahun ini.

Jelas beliau, pihaknya bagaimanapun akan memperkasakan pentaksiran berasaskan sekolah bermula dari tahun 2021 sebagai menggantikan peperiksaan tersebut yang akan dimansuhkan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.