fbpx
Now Reading
Budak Tertipu Dengan Iklan iPhone 11 Pro RM500, Bapa Terkejut Hilang RM25,400 Sekelip Mata

Budak Tertipu Dengan Iklan iPhone 11 Pro RM500, Bapa Terkejut Hilang RM25,400 Sekelip Mata

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada zaman moden ini, memang dah jadi kebiasaan untuk kanak-kanak memiliki gajet sendiri atau diajar untuk menggunakannya sejak kecil lagi. Terutamanya kalau ibu bapa sibuk, mereka lagi suka untuk menghulurkan gajet kepada anak-anak supaya tak rasa terganggu untuk buat kerja.

Tambah pula sekarang ni memang orang berlumba-lumba untuk mempunyai gajet mewah. Boleh dikatakan kalau boleh nak telefon bimbit yang paling canggih dan ‘latest’ walaupun masih bersekolah.

Gambar Hiasan: BuzzFeed News

Baru-baru ini, tular kes seorang kanak-kanak Darjah Enam yang ditipu oleh scammer gara-gara teringin untuk membeli sebuah telefon bimbit kegilaan ramai dengan harga yang cukup murah.

Termakan dengan penipuan scammer yang mengiklankan sebuah telefon keluaran syarikat gergasi Apple, iPhone 11 Pro hanya dengan RM500, dia akhirnya kerugian sebanyak RM25,400 setelah diminta melakukan tujuh buah transaksi yang berbeza menggunakan ‘online banking’ milik bapanya.

Menerusi laporan NST, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata bahawa kejadian yang berlaku di Maran, Pahang itu terjadi apabila mangsa berminat untuk membeli sebuah telefon bimbit terjumpa iklan tersebut yang turut disertakan nombor telefon di Instagram.

Foto Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof: Sinar Harian

Dia yang menghubungi nombor tersebut kemudian menjadi lebih teruja apabila diwarkan telefon berkenaan dengan harga lebih rendah iaitu RM400 tapi dengan syarat pembayaran perlu dibuat dengan kadar segera.

Menggunakan akaun perbankan milik bapanya, kanak-kanak berusia 12 tahun itu kemudin membuat bayaran berkenaan sebelum diminta untuk menelefon satu lagi nombor yang lain diberikan kepadanya. Dia kemudian sekali lagi diminta untuk membuat bayaran sebanyak RM1,350 dengan alasan untuk mengaktifkan kad waranti.

Tidak berhenti di situ, yakin dengan transaksi yang dilakukan, kanak-kanak tersebut kemudian membuat lima transaksi lagi menjadikan jumlah terkumpul yang telah di pindahkan kepada RM25,400 tanpa menyedari yang dia sebenarnya sudah menjadi mangsa penipuan.

Gambar Hiasan: ABC News

Perkara tersebut hanya disedari bapanya, Mohd Wazir selepas melihat sejumlah transaksi yang dilakukan oleh anaknya sebelum mereka berdua bertindak membuat laporan di ibu pejabat polis Daerah Maran.

Kes yang melibatkan penjualan telefon bimbit tidak wujud itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Foto Kredit : Rojak Daily

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.