fbpx
Now Reading
[Terkini] 6 Daerah di Selangor Dikenakan PKP Berkuatkuasa 6 Mei 2021

[Terkini] 6 Daerah di Selangor Dikenakan PKP Berkuatkuasa 6 Mei 2021

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat, dan Sepang berkuatkuasa dari khamis ini 6 Mei sehingga 17 Mei 2021.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob menerusi sidang media harian sebentar tadi.

Jelas beliau pelaksanaan ini bagaimanapun tidak akan mengubah status tiga lagi daerah di Selangor iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor yang masih kekal sebagai kawasan PKPB.

“PKP bagi daerah terbabit akan berkuatkuasa dari 6 Mei sehingga 17 Mei manakala tiga daerah lagi iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Keputusan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di mana Selangor telah mencatatkan kes harian yang tinggi sejak 20 April lalu.

Tonton video secara langsung di bawah :

Sehubungan itu pergerakan merentas negeri dan daerah untuk kesemua daerah terlibat dalah tidak dibenarkan kecuali atas urusan kecemasan.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.