fbpx
Now Reading
Nora Danish & Tiz Zaqyah Disahkan Positif Covid-19

Nora Danish & Tiz Zaqyah Disahkan Positif Covid-19

Semoga cepat sembuh Nora & Tiz!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dua aktres popular, Nora Danish dan Tiz Zaqyah hari ini mengejutkan dunia hiburan apabila mengumumkan mereka disahkan positif wabak COVID-19.

Menerusi instagram, kedua mereka berkongsi berita tersebut kepada orang ramai memaklumkan mereka mendapat keputusan tersebut pagi tadi.

“Dukacita nak maklumkan Nora Positif..”

Nora, menerusi posting tersebut menjelaskan bahawa dia yang membuat ujian calitan semalam telah didapati positif pagi ini selepas menjadi kontak rapat kategori C kepada seorang pesakit Covid.

Tiada simptom

“Keputusan pagi tadi mendapati Nora positif walaupun langsung tidak ada sebarang simptom.

“Sekarang Nora self-quarantine di dalam bilik agar anak-anak dan suami selamat. Mereka sudah lakukan PCR test 12 tengah hari tadi dan doakan untuk kami semua,” katanya dalam hantaran di akaun media sosial itu.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai yang berjuma denganya dari 4 – 8 Mei untuk turut membuat saringan.

“Bagi sesiapa yang ada jumpa Nora antara 4hb – 8hb Mei, mohon buat saringan ya. Jaga diri dan jaga SOP. Maafkan saya”

Nora Danish

“Terima panggilan maklumkan saya positif”

Tiz Zaqyah pula mendedahkan dia yang melakukan ujian calitan semalam selepas berapa kurang selesa dengan kesihatan dirinya kemudiannya mendapat keputusan positif sekitar jam 8 pagi tad

Ada simptom batuk dan gigil

Jelas Tiz atau nama betulnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 33, berkata, dia mengalami beberapa simptom seperti batuk ringan dan tubuh yang menggigil.

Ekoran itu dia kini diarahkan untuk menjalani kuarantin di rumah. Dia juga turut menitipkan nasihkat kepada orang ramai yang mempunyai simpotom demam dan selsema untuk segera menjalani ujian calitan.

“Tolong lakukan ujian segera ujian jika ada demam, selsema, bersin atau sakit kepala. Jangan terlalu yakin, sebab mungkin ada yang tiada symptom… pergi buat ujian sebelum menjadi lebih teruk. Duduk di rumah… virus ada di mana-mana,”

Tiz Zaqyah

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.