fbpx
Now Reading
Ziarah Rumah & Kubur Kini Tidak Dibenarkan Ketika Raya Aidilfitri Di Seluruh Negara

Ziarah Rumah & Kubur Kini Tidak Dibenarkan Ketika Raya Aidilfitri Di Seluruh Negara

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu kenyataan media memaklumkan kerajaan telah bersetuju melaksanakan PKP di seluruh negara bermula 12 Mei ini sehingga 7 Jun depan.

Jelas beliau keputusan tersebut diambil selepas lepas mengadakan satu Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19 hari ini.

Tiada lagi kawasan PKPB & PKPP

Ini bermakna semua kawasa yang sebelum ini diklasifikasikan sebagai kawasan PKPB dan PKPB secara automatik turut menjadi kawasan PKP.

Berikutan keputusan tersebut, SOP bagi Hari Raya Aidilfitri yang tinggal lagi beberapa hari sekali lagi berubah dimana ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan tersebut tidak dibenarkan.

Ziarah raya tidak dibenarkan Foto : Sinar Harian

Malah SOP lain membabitkan solat raya turut berubah apabila solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau kini hanya dibenarkan dengan kehadiran terhad jemaah iaitu :

1.Tidak melebihi 50 orang bagi masjid dan surau dengan kapasiti lebih 1,000 jemaah.
2.Tidak melebihi 20 orang bagi masjid dan surau dengan kapasiti kurang dari 1,000 orang

Tambah beliau lagi segala SOP terperinci mengenai larangan dan arahan ini akan diumumkan MKN dalam masa terdekat.

“Tarikh kuat kuasa larangan rentas daerah dan negeri serta larangan aktiviti sosial, sukan dan pendidikan adalah bermula pada 10 Mei hingga 6 Jun 2021 seperti diumumkan Menteri Kanan Pertahanan pada 8 Mei 2021.

“Tarikh kuat kuasa bagi larangan dan arahan lain bermula pada 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

“SOP terperinci bagi semua larangan dan arahan yang terkandung dalam PKP ini akan diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam kenyatan itu lagi.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.