fbpx
Now Reading
Wakil Mexico, Andrea Meza Dinobatkan Sebagai Juara Miss Universe 2020

Wakil Mexico, Andrea Meza Dinobatkan Sebagai Juara Miss Universe 2020

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Benarlah kata pepatah, “pengalaman adalah guru terbaik”. Pengalaman lalu juga dapat dijadikan satu kelebihan untuk seseorang menjadi lebih berpotensi dan merangkul kejayaan dalam sesuatu persaingan.

Begitulah yang dirasai oleh Miss Universe Mexico, Andrea Meza apabila dinobatkan sebagai Miss Universe 2020.

Pernah dinobat naib juara Miss World 2017

Sebelum ini, Andrea Meza muncul sebagai naib juara pertandingan Miss World 2017, mendapat gelaran Mexicana Universal 2020 dan Miss Mexico 2017.

Andrea yang mengenakan gaun berwarna merah pada acara kemuncak tersebut muncul sebagai gadis ketiga dari negaranya yang dimahkotakan sebagai Miss Universe.

Foto: Yahoo

Malah, peserta berusia 26 tahun itu merupakan antara peserta pilihan yang berjaya menundukkan empat saingan hebat di pusingan akhir dalam acara yang berlangsung di Seminole Hard Rock Hotel & Casino di Florida, Amerika Syarikat.

Menewaskan lebih 70 peserta lain

Foto: Nestia

Peserta yang berasal dari Chihuahua City, Mexico itu turut menewaskan lebih 70 peserta dari negara lain dalam pertandingan yang sudah berlangsung buat kali ke-69 itu.

Sewaktu di pusingan akhir, Andrea diajukan soalan mengenai topik kecantikan dan kaedah terbaik menangani pandemik Covid-19.

Andrea dimahkotakan oleh Miss Universe 2019, Zozibini Tunzi dari Afrika Selatan sebentar tadi.

Sementara itu, 1st Runner-up dimenangi oleh peserta dari Brasil, Julia Gama, 2nd Runner-up dirangkul oleh wakildari Peru iaitu Janick Maceta, manakala 3rd Runner-up menjadi milik Adline Castelino yang merupakan peserta dari India.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.