Pasukan Pencarian KRI Nanggala – 402 Temui Kawah Misteri

Sekitar penghujung April yang lalu, rakyat Indonesia digemparkan dengan berita kehilangan kapal selamat milik Tentera Nasional Indonesia (TNI), KRI- Nangala 402 di perairan Bali.

Beberapa hari kemudiannya, kesemua 53 kru kapal selam berusia 40 tahun itu disahkan terkorban selepas mereka menemui beberapa bukti sepanjang usaha mencari dan menyelamat dijalankan.

Namun setakat ini usaha pencarian masih diteruskan bagi mengangkat badan kapal yang belum ditemui kedaratan dengan misi tersebut turut dibandu aset-aset tentera dari beberapa negara antaranya Malaysia, Amerika Syarikat dan China.

Namun beberapa hari lalu, sebuah Kapal milik China, Tan Suo Er Hao yang sedang membuat tinjauan bawah laut telah menemui satu kawah misteri dengan diameter 38 meter (m) ditemui berdekatan lokasi disyaki tenggelamnya bangkai kapal selam tersebut.

Menurut Panglima Komando Armada (Pangkoarmada) II Laksamana Muda Iwan Isnurwanto dalam satu sidang media pada Selasa lalu, kawah berkenaan mempunyai ukuran lebar lebih kurang antara 35 hingga 38 meter dan kedalaman antara 10 hingga 15 m.

Namun pihaknya belum mengetahui apakah isi yang terdapat di kawah tersebut.

“Tan Suo Er Hao membuat tinjauan dasar laut yang dalamnya 839m dan apa yang mereka dapati daripada imbasan bawah laut dengan lebar 2.5m dan panjangnya 3.7m tidak jauh beza daripada data yang diberikan KRI Rigel.

“Melalui imej dipaparkan, kita juga boleh melihat bow section serta sail section yang ada tulisannya serta stern section.

“Pada masa sama, mereka menemukan kawah lebarnya kira-kira 35m dengan kedalaman 10 hingga 15 m yang sampai sekarang kita tidak tahu apa sebenarnya kawah itu,” katanya.

Iwan menjelaskan kawasan pencarian juga diperluaskan dan hingga kini masih ada bahagian kapal selam itu yang belum ditemukan.

Dive operations kelima tetap fokus di kawasan dalam kawah dan memperluas kawasana pencarian side sonar scan. Hingga saat ini selain bow section, stern section, selain sail section masih ada satu lagi yang belum ditemukan, iaitu pressure hull-nya yang tengah-tengah yang besar yang panjangnya lebih kurang 45 meter yang sampai sekarang belum ketemu kedudukannya,” jelas Iwan

Foto : CNN

Namun menerusi satu perkembangan terbaru yang dilaporkan CNN Indonesia pagi khamis, Iwan memaklumkan mungkin bahagian yang hilang iaitu pressure hull kapal selam tersebut berada ada di dalam kawah berkenan

“Lokasi pressure hull secara pasti belum bisa digambarkan. Kami hanya memperkirakan saja saat ini, mungkin ada di kawah tersebut,” katanya dipetik dari CNN.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

20 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

20 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

20 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

21 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

22 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

23 hours ago