fbpx
Now Reading
[PKP3.0] Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi & Sosial -PMO

[PKP3.0] Kerajaan Setuju Sekatan Lebih Ketat Keatas Sektor Ekonomi & Sosial -PMO

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan hari ini bersetuju mengetatkan lagi pelaksanaan PKP 3.0 yang sedang dilaksanakan di seluruh negara .

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO), mesyuarat sidang khas tersebut yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut melibatkan kerajaan negeri bersetuju untuk membuat penambahan sekatan yang lebih ketat ke atas sektor ekonomi dan sosial.

Keputusan ini diambil ekoran penularan dalam komuniti yang semakin meningkat selain kewujudan varian baharu yang lebih agresif dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi menyebabkan usaha untuk melandaikan lengkung jangkitan mengambil masa yang lebih panjang.

Namun, PMO memaklumkan perincian mengenai sekatan tambahan ini hanya akan diumumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pertahanan pada 22 Mei 2021.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.