
Fenomena Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ Pada 26 Mei Ini
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Gerhana bulan penuh atau ‘Super Flower Blood Moon’ adalah fenomena yang kerap kali berlaku selain daripada gerhana matahari. Kali ini, ianya akan berlaku lagi pada 26 Mei 2021 (Rabu) bersamaan 4 Syawal 1442H.
Menerusi Agensi Angkasa Malaysia (MYCA), fenomena gerhana bulan penuh ini akan berlaku mulai jam 4.47 petang dan berakhir pada jam 9.50 malam waktu Malaysia.

Untuk rakyat Malaysia, anda boleh menyaksikan fenomena itu ketika ia telah mencapai fasa gerhana separa bagi penduduk di Sabah dan Sarawak. Manakala fenomena tersebut hanya kelihatan ketika fasa gerhana telah maksimum di kebanyakan kawasan Semenanjung,
Walaupun gerhana bulan penuh selalu berlaku dan tak asing daripada pengetahuan ramai, tapi anda semua mesti nak tahu tentang info dan perkara yang boleh dilakukan sewaktu fenomena ini terjadi nanti.
Oleh itu, jom ikuti nota ringkas mengenai gerhana bulan penuh yang dikongsi oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
#1 Berlaku ketika fasa bulan purnama
#2 Bulan, bumi dan matahari berada pada kedudukan yang hampir sejajar.
#3 Bulan akan berada di kawasan bayang-bayang bumi yang gelap(umbra)
#4 Warna permukaan bulan akan mengalami perubahan dari warna putih bersinar ke merah-merahan.
#5 Kesan umbra ini boleh dilihat dengan mata kasar (magnitud 1.009)
#6 Solat Sunat Khusuf (Gerhana Bulan) disyariatkan untuk fenomena ini.
#7 Ketika Bulan terbit di ufuk Timur, gerhana sudah berada di fasa kemuncak.
#8 Bulan berada di kedudukan paling hampir dengan Bumi atau dikenali sebagai Perigee (357,460km)
FENOMENA GERHANA BULAN PENUH
— Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (@pejabatmuftiwp) May 24, 2021
Pada 26 Mei 2021 bersamaan 14 Syawal 1442H ini akan berlakunya fenomena Gerhana Bulan Penuh di seluruh Malaysia.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh ini.#jomkenalifalakpmwp pic.twitter.com/KCS7tmulia
Sebelum ini, setiap kali berlakunya gerhana bulan, kemudahan teleskop akan dibuka kepada orang awam di Planetarium Negara untuk bersama-sama melihat dan merakam fenomena itu.
Namun begitu, anda semua masih boleh menyaksikannya menerusi penstriman langsung Gerhana Bulan Penuh ‘Super Flower Blood Moon’ di akaun media sosial Facebook dan Youtube Planetarium Negara pada hari Rabu, 26 Mei 2021 ini.
Foto Kredit: Ruang Instalasi & MidCoast Online News