Insiden LRT : 47 Parah & 166 Cedera Ringan, MOT Tubuhkan Pasukan Khas Siasat Insiden

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah mengesahkan 47 penumpang cedera parah manakala 166 penumpang cedera ringaan dalam insiden kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya sebentar tadi.

Menurut Mohamad Zainal sewaktu terdapat 213 penumpang di dalam tren yang bertembung dengan sebuah tren yang kosong di antara stesen Kampung Baru dan KLCC.

Mengulas mengenai insiden berkenaan, tren yang kosong bersama seorang pemandu itu di fahamkan dari laluan Kampung Baru ke Gombak dan sedang dipandu uji, manakala tren yang dari gombak dengan 213 penumpang dipandu secara automatik.

Foto : Awani

Meskipun insiden tersebut masih dalam siasatan, mereka mendapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi sehingga terjadi kemalangan berkenaan.

“Tren yang dari Gombak dipandu secara automatik mengandungi 213 orang penumpang manakala tren dari Kampung Baru adalah tren kosong yang mempunyai pemandu yang sedang membuat ujian setelah tren itu dibaik pulih.

“Kita dapati mungkin berlaku kegagalan komunikasi dan ini adalah kemalangan yang kami masih menyiasat jika ia adalah kecuaian kerana melibatkan kecederaan awam,” katanya pada sidang media sebentar tadi.

Difahamkan kesemua penumpang yang tercedera sudah berjaya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dan beberapa hospital untuk rawatan lanjut.

Foto : Wee Ka Siong

MOT tubuhkan pasukan task force siasat insiden

Dalam pada itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang turut turun padang melihat kejadian berkenaan memaklumkan akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi menyiasat insiden berkenaan.

“Dalam tempoh dua minggu kita akan siasat sama ada insiden disebabkan kesilapan sistem atau komunikasi.

“Kita akan pastikan siasatan dan kenal pasti punca pelanggaran in,” katanya dalam sidang media di lokasi insiden.

Terdahulu Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengarahkan siasatan penuh dilakukan untuk mengenal pasti punca kemalangan membabitkan perlanggaran dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, hari ini.

“Saya memandang serius kemalangan ini dan telah mengarahkan Kementerian Pengangkutan dan Prasarana Malaysia Berhad untuk melakukan siasatan penuh untuk mengenalpasti punca kemalangan ini, dan tindakan yang tegas harus diambil dengan segera.

“Keutamaan sekarang harus diberikan kepada mangsa-mangsa kemalangan, dan saya telah mengarahkan semua pihak memberi kerjasama sepenuhnya bagi memastikan mangsa mendapat rawatan yang menyeluruh memandangkan kita juga berada dalam gelombang pandemik COVID-19 yang sedang meningkat naik” kata Muhyiddin lagi.

Recent Posts

  • Trending

Faisal Halim Disimbah Asid, Pelaku Dipercayai Naik Motosikal Curi

Menurut wartawan sukan, T Avineshwaran, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memandang serius perkara ini…

6 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago