fbpx
Now Reading
Prihatin Dengan Nasib Rakyat, Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung COVID-19

Prihatin Dengan Nasib Rakyat, Tengku Hassanal Sumbang Elaun Diraja Ke Tabung COVID-19

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Prihatin dengan situasi rakyat jelata, Pemangku Raja Pahang iaitu Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengambil inisiatif untuk membuat sumbangan khas kepada rakyat yang terkesan semasa Perintah Kawalan Pergerakan.


Sehubungan dengan itu, baginda telah bersetuju untuk memberikan Elaun Diraja kepada Tabung COVID-19 Pahang.

Elaun 4 bulan akan disumbang

Menurut Bernama, jumlah elaun selama 4 bulan akan disumbangkan bagi membantu mereka yang terjejas ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) baru-baru ini.

Berita tersebut turut dimuat naik oleh Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di laman media facebook rasmi beliau. Menteri Besar tersebut turut memuji keprihatinan baginda terhadap rakyat Pahang.

Turut sumbang ke Tabung Pahang4Palestine

Difahamkan, sebelum ini Tengku Hassanal turut bersetuju untuk menyumbang Elaun Diraja selama tiga bulan ke Tabung Pahang4Palestine bagi membantu penduduk Palestin yang dizalimi rejim zionis Israel.

Selain itu juga, sumbangan kepada Tabung COVID-19 Pahang ini adalah kurniaan kali kedua oleh Tengku Hassanal yang pernah menyumbangkan Elaun Diraja selama enam bulan kepada tabung berkenaan pada 1 April tahun lepas.

Tabung Covid-19 Pahang telah ditubuhkan oleh kerajaan negeri semasa perintah kawalan pergerakan tahun lalu (PKP 1.0).

Ia juga bertujuan untuk menolong rakyat negeri Pahang yang terkesan dengan pelaksanaan perintah kawalan berikut.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.